JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Monday, March 24, 2014

A,B,C,D.....


A,B,C, dan D kawan satu sekolah.
Mereka pada awal tahun tidak mengenali satu sama lain.
Setelah masuk tahun 3 mereka semakin intim.
Ke sekolah bersama, ke kantin bersama malahan ke tandas juga bersama.
Mereka merupakan study group yang paling power.
Mereka umpama adik beradik kembar.
Rakan-rakan mereka ada yang dengki dengan keakraban mereka.
Dalam keakraban antara mereka, A akan partner bersama C manakala B sentiasa bersama D.
Mereka akan sentiasa membackup pasangan masing2 jika berlaku pergeseran sesama mereka.

Ada satu tragedi yang memilukan berlaku.
Tragedi ini telah merosakan hubungan baik diantara mereka.
A berasa dirinya dikhianati apabila C seringkali bersama dan bergurau senda bersama B dan D.
A berasa dirinya keseorangan apabila C tiada apabila diperlukan.
C,B dan D tidak menyedari akan perasaan A yang makan hati dengan keakraban mereka.
A cuba menenangkan diri dengan cuba mengikat persahabatan dengan kawan lain.
Antara kawan A yang dilihat intim bersama ialah E, F,G dan beberapa orang lagi.
C,B dan D menganggap itu perkara biasa. Pada hemat mereka A adalah seorang peramah.
Tetapi pada A itu ialah satu jalan untuk menjauhi C,B dan D.

Setelah sekian lama A kelihatan hilang dari radar persahabatan C,B dan D.
A seringkali memberi alasan untuk mengelak bersama C,B dan D.
Lama kelamaan hubungan mereka berempat kian renggang dan jarang berkomunikasi.
C,B dan D akhirnya semakin intim bersama meninggalkan A.
Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan A mereka menjemput H untuk menyertai mereka.
Kehadiran H ternyata memberi impak kepada kumpulan mereka.
Apa yang C,B dan D lakukan bersama A dahulu. Mereka juga lakukan bersama H.
Malahan banyak perkara baru dilakukan bersama.
C, bagaimanapun berasa kurang selesa dengan ketiadaan rakan baiknya, A

Pada suatu hari A menghubungi C, menyatakan masalah yang dihadapi.
A mengharapkan sokongan C untuk menyelesaikan masalah pelajaran, Matematik dan Sains.
C yang merupakan pakar dalam bidang itu dan juga partner terbaik A terus membantu.
C menganggap itu peluang terbaik untuk menyatukan semula hubungan bersama B dan D
C seringkali membantu A dalam menyelesaikan apa jua masalah.
Malahan dalam memilih menu di kantin sekolah C menjadi rujukan A, agar dapat makanan seimbang.
Tindakan C yang kembali akrab bersama A menimbulkan rasa tidak senang B dan D.
H kelihatan tenang dan relax.
B dan D seringkali mempersoalkan kehilangan C yang seringkali bersama A.
C hanya mampu diam tanpa memberi alasan.
Kerana C yakin niatnya hanyalah untuk menyatukan mereka semula.
H tetap dengan pendirian untuk tidak ikut campur urusan A,B,C dan D.

Kedegilan C yang terus bersama partner terbaik, A menyebabkan B dan D seringkali memulau C.
B dan D sering merancang sesuatu tanpa pengetahuan C.
B dan D mengajak H berkomplot bersama mereka.
H dalam diam menjadi informer kepada C.
Untuk lebih menyakitkan hati dan mengajar C, B dan D turut mengajak kawan2 H untuk memulau C.
Antara kawan2 H ialah I, J, K dan L
Banyak perkara B dan D bersama H,I,J,K dan L lakuakn tanpa menghiraukan C.
Antaranya ialah, ke kantin sekolah bersama, belajar bersama dan ke bilik guru bersama.
C berasa kecil hati, namun apakan daya dia tetap bersama A.
Kerana niatnya murni hanyalah untuk menyatukan mereka berempat tapi disalah ertikan.

C juga pernah diberi pilihan oleh A dan B,D agar memilih untuk memihak kepada siapa.
Banyak situasi yang menyebabkan C terpaksa memilih antara A atau B dan D.
Antaranya:
Mahu ke bilik guru bersama siapa.
Mahu membantu siapa dalam menjawab  Matematik dan Sains.
Mahu membantu siapa dalam memilih menu di kantin.
Mahu datang ke sekolah bersama siapa.
Untuk menjaga hati kawan baik dan mengeratkan kembali hubungan,
C kadangkala bersama A, kadangakala juga bersama B dan D.
Tetapi tindakan beliau lebih mengeruhkan keadaan.
A dan B,D menganggap C adalah serampang dua mata.
C seringkali di kritik dan di maki apabila bersama A atau B,D.
Namun begitu C tetap bersabar kerana misinya mengeratkan kembali mereka berempat belum selesai.
C dilihat lebih setia bersama A, manakala hubungan bersama B dan D kian renggang dan berjauhan.

Setelah beberapa tahun selepas UPSR tamat....

Sudahnya C telah dipulau oleh B dan D.
Manakala A pula telah lama tidak bersama C
C hanya mendengar khabar dari jauh mengenai A
Mereka sudah tidak seakrab dulu.
Seakrab ketika mana A memerlukan C dahulu.
Seakrab sehingga C sanggup membelakangkan B dan D semata untuk bersama A.
Setelah mendengar khabar bahawa A kini telah ada buah hati, C kurang menghubungi A
Khuatir akan menganggu hubungan A bersama buah hatinya.
Keadaan B dan D hanya dapat dipantau oleh C melalui infomer yang setia, H

Walaupun berjauhan namun C tetap mengambil cakna tentang A, B dan D.
Apa yang dilakukan oleh A, B dan D diketahui C.
C akan berusaha mencari maklumat terbaru tentang sahabat baiknya itu.
Sehinggalah suatu hari C mendapat maklumat bahawa A, B dan D ada berhubung.
Berhubung dengan mesranya.
Berhubung seolah tiada apa yang berlaku diantara mereka ketika sekolah rendah dahulu.
Berhubung seolah mereka tidak pernah bermasam muka.
C agak terkejut, kesal dan gembira dengan maklumat yang baru diterimanya.
Perasaanya bercampur-baur.
Terkejut kerana perselisihan faham antara A dan B,D yang berlarutan kini seolah tiada lagi.
Kesal kerana sia-sia C korbankan persahabatan diantara B dan D, semata membela A.
Dan semestinya gembira dengan hubungan baik diantara A, B dan D.

Walaupon kini C seolah tiada dalam sejarah hidup A,B dan D namun beliau gembira dengan apa yang dilakukan dahulu. Pengorbanan, kesusahan dan usahanya mengebalikan kejernihan dalam persahabatan kini berbalas.
Kini C tidak lagi bersedih dan bermuram namun tetap jauh di sudut hatinya ingin bersama semula kawan-kawanya itu. C hanya mampu berdoa agar A, B dan D dapat menerimanya seperti dahulu.

C yang terbuang.











No comments:

Post a Comment