JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Tuesday, December 24, 2013

Setahun Bersamamu

Hai korang

Sory lama tak update. Abam sikit sibuk juga lah. Bukan saja2 tak update tau. Sibuk plus takda idea juga lah. Ok abang rasa nak cerita pasal apa pon abang tak tahu juga lah. Abang sekarang tunggu bola jugalah, game team abang, Chelsea lawan itu Arsenal ini pagi lah. Ok dah setel bab intro.

Ok abang nak bagitahu yang sebenarnya pada 16 December 2013 yang lalu dah setahun abang bekerja. Oh pejam celik, dah 365 hari abang bersama World Fish Centre. Alhamdulilah mereka mahu kan khidmat abang yang tak seberapa nih selama setahun. Tapi abang ni kadang2 nak lah jugak bertukar angin kan. Ialah dengan gaji yang kecil (tidak setaraf ijazah), suasana kerja yang bukan abang idamkan (kerja dalam pejabat, formal dressup, ada awek comel kat tempat kerja). Tapi bila abang kenangkan nasib abang dengan orang lain, ternyata abang untung sangat dapat kerja kat sini tahu. Tahu apa yang untungnya? Berikut disenaraikan keuntungan abang bekerja di World Fish. Tapi korang janganlah jeles tahu. Ini dinamakan rezeki. kehkehkeh...

1-Kerja dalam hometown abang sendiri dan tak kan mungkin ditukarkan.
2-Selalu ada untuk ibubapa abang, dan abang pon selalu ada mereka. Alhamdulilah.
3-Cuti, off petang ikut suka hati abang. Yang paling best cuti dahulu baru isi form. kehkeh
4-Makan, minum, tempat tinggal abang tak perlu dibayar. Alhamdulilah.
5-Gaji abang memang tak terganggu dan 100% untuk abang dan kawan2 abang. kehkeh
6-Aktiviti kerja yang berbeza untuk setiap hari, sangat bagus dan mengelakkan kebosanan.
7-Selalunya pagi je abang sibuk di tempat kerja, petang selalu abang relax dan on9. ihihihi
8-Abang pergi keja tanpa perlu iron baju, dressup kemas2. Iyelah abang kan takda bini lagi. Sapa nak iron?
9-Abang kerja office hour, Jumaat Sabtu cuti. Setakat nih hujung minggu abang tak diganggu lagi.
10-Tempat kerja abang tak da awek. So abang tak lah perlu control sangat..kehkehkeh (kecewa sangat).

Ok lah abang rasa dah banyak sangat nih. Abang tahu ada yang baca nih tengah cebik muka dan ketap bibir sebab jelous dengan abang kan...kehkehkeh. Alaaa ni semua rezeki untuk abang lah. Abang pon sebenarnya dok cari jugak kerja lain, ialah gaji kat sini tak mampu nak buat abang menyunting bunga lagi, tapi abang dah tergedik-gedik nak kawin dah nih. So abang kenalah cari kerja yang menawarkan gaji yang selesa buat anak bini abang kan. Nak2 pulak zaman abang nih semua demand tinggi2 hantarannya. Kalau korang ada yang bawah rm10000 bagitau lah abang k. kehkehkeh. 

Buat masa ni abang akan terus berkhidmat untuk WFC. Banyak pengalaman dan ilmu yang abang belajar kat sini. Abang bersyukur sangat. So setakat ni dulu abang punya coretan hati. 

''Good, Better, Best. Never let it rest. Until your good is better and your better is best''