JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Friday, November 1, 2013

Hilang Bercuti, Senang Hati



Assalamualaikum pembaca sekalian

Misteri sangatkah kehilangan gwa pada minggu lepas? Takda yang buat report polis pon, so tak payah nak menggelabah sangatlah kan. Hahaha. bukan apa, gwa cam bernafsu sikit nak explain kehilangan minggu lepas sebab macam ada yang bertanya. Tapi tanya diri sendiri la kot. kehkehkeh. Ohh terharu sangat dengan keprihatinan semua. (puihhh bajet artis mengandung pulak)

Ok lah gwa taknak intro panjang sebab gwa ada benda nak story telling. Ala cerita gwa korang dah bleh jangkakan dah. Kalau tak emo sorang2, cerita pasal gwa bercuti, tak pon cerita pasal event yang berlaku kat gwa. Tu jelah mampu. Tapi ni kan blog gwa, ehhh suka hati gwa lah kan..kehkehkeh. So hadaplah jelah k. This is my report about my disappearance.

Pada 24 Oktober yang lalu gwa telah bertolak ke Shah Alam ( sory akak master, gwa tak roger masuk tempat lu). Tujuan gwa ke sana adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen BFF gwa dari sekolah rendah lagi. Ok tu  jelah ceritanya. kbai. hahahahahaha

Sebenarnya majlis konvo tu hanyalah penyebab gwa sampai sana je, sebab utama gwa teringin nak ke sana adalah untuk berjumpa kesayangan-kesayangan gwa lah. Ahaaaa ramai la maknanya tu. Ialah hidup bujang ditambah pulak single nih boleh lah nak sayang sana sayang sini kan. Kalau dah berbini, berlaki, berBF, berGF nanti dah susah dah. Oppssss. Ada hat terasa ka? dak aih tak kata kat sapa ponn naaa....

So gwa p Shah Alam selama 3 hari jugak lah. Konvo BFF gwa hari Sabtu. Konvo BFF gwa kat UPM. haaaa tak ke pelik konvo kat UPM, Serdang tapi lepak Shah Alam. Alaaaa biasalah, penginapan free. kehkehkeh. Ehh gwa jumpa abang kawasan dulu tau nak lepak situ, Haziq. Tapi kak long kawasan tak sempat jumpa. kehkehkeh

Event semasa lawatan gwa tu banyaknya bergambor jelah mampu. Tapi gathering dengan kawan2 lama yang paling berharga sebenarnya. Sebenarnya kawan2 yang pergi konvo nih adalah dari sekolah menengah. Aku dengan diorang 3 tahun jelah dari F1 sampai F3, tapi kitaorang punya kimia macam keluar dari perut ibu yang sama. todiaaaa nak habaq bagi.

Kitaorang semua sekali 5 orang beronggeng dari pagi konvo sampai lah ke malam hari. Seronok sangat walaupon penat tapi puas hati baq hang. Nak2 lagi bila ada bunga penyeri dalam kumpulan tu. tu je nak bagitau. kehkeh.

Lepas je abeh BFF gwa keluar dewan kitorang terus shoot gambar non stop tahu. Kira jadi macam model spender pon ada gak sket terasa. BFF gwa kuar dewan agak tengahari la jugak. Kami shoot dalam UPM jap. Alaaahai beza betul dengan UMT. Banyak tempat trademark kat UPM nih. Petang tu kami lepak Seoul Garden, makan situ sampai boroi. Tapi gwa cam biasalah. macam takda beza pon..hahaha. Pastu malam kami lepak Putrajaya, cantik lampu2 kat situ. Dengan ketiak belengas peluh, kami relax je shoot kat situ. hahahah. Pastu balik Shah Alam la. Bunga penyeri yang dua orang tu kami drop kat UPM.

Then esoknya, kami kembali ke UPM sebab BFF gwa nak pulangkan jubah konvo yang dah macam belacan gwa tengok. Mana taknya sampai 5 orang pakai buat posing. Sebelum hantar kami bergegas shoot kat tempat shooting cerita yang kononya mahsyur dari novel hingga lah ke filem, Lagenda Budak Setan. Kat pokok atas bukit tu. Gwa tak tengok pon cerita tu (serius). Lepas puas berpanas kat atas bukit tu, kami drop lah jubah konvo. Then selesai sudahlah percutian gwa pada kali ini. Tu jelah cerita misteri kehilangan gwa. Cerita banyak tak guna(padahal dah malas menaip), biar gambar berbicara.

 Rolling!

Have meet my friend!


Pelakon utama, Shukor (BFF)
23 tahun
Single
Tunggu Posting
Kg Kelubi, Jitra

Pelakon lagak ngeri, Khairil
23 tahun
Ada GF
Kerja Astro
Nismilan (baru pindah)

Pelakon tambahan, Khairulnisa
23 tahun
Ada BF
Student UPM
Veterinar to be
Jitra

Pelakon tambahan, Huda
23 tahun
Single (ramai dah kena reject)
Student UIA
Lawyer to be
Jitra

Hero,pengarah,direktor, Am
23
Bekerja
Single, Bujang
Jitra

Sesi shooting time

Shukor family and friend

Sweet dan manis

Belakon cukup mau.

Masa ni kali ke 10 ulang alik amik makanan, baru ingat ada kamera.
Bina dialog dari gambar ini.

Cover album
Pokok Top, Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Jitra


Lagi lagenda
suka Huda, bila gambar dia menjadi

Pertandingan lambung motar

Kalau guna kodak, memang habeh kat hang sorang ja nak shoot scene ni.

maen wau ka?

Nice and perfect
So setakat nih dulu pertemuan gwa dengan kalian. Terima kasih buat yang sudi membaca dan menghayati kisah bakal kenangan gwa ni. Thanks juga buat Shukor, Khairil, Huda dan Nisah kerana sudi melayan kerenah gwa sepanjang datangnya gwa ke Shah Alam dan Serdang. Sesungguhnya gwa bahagia dan gembira yang amat sangat bila bergather dengan kalian. Assalamualaikum.

 ''Saya bahagia disini. Moga awak juga bahagia disana''




No comments:

Post a Comment