JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Monday, October 21, 2013

Beku Bukanlah Berbeku

Assalamualaikum

Sekian lama belog ini tidak terusik dek kerana kesibukan menjengah. Bukan tiada idea, bukan jua dilupakan tetapi apakan daya, malas.

So, cerita kali nih hanya lah sebagai membuktikan belog ini masih lagi bernyawa dan wujud untuk ditatap dan dibaca.

Ceritanya tidaklah segarang belog pinces, juga tidaklah sepuitis sajak nasihah tentang ibu, dan tidaklah semulia nasihat pinky.

Kisahnya hanyalah sekadar, cuti gwa dibekukan selama 2 minggu gara-gara bini bos gwa bersalin. Ya itu saja. Tetapi sesalannya hanya gwa yang rasa. Mana tidaknya dengan tinggal beberapa hari lagi tahun 2013 berlalu, baki cuti gwa masih ada 19 hari. Cuti sakit pula ada lagi 19 juga. Baki cuti tidak boleh diforwardkan. Rugi dah sepasal, yang paling menghiris hati gwa, time2 nih jugaklah kawan-kawan gwa bergraduasi. Niat dihati ingin meraikan mereka, tetapi apakan daya.

Walaupon hanya 2 minggu dibekukan, tetapi timingnya sungguh mengecewakan. Agaknya inilah erti pengorbanan buat ku pada kali ini. Ujian tuan kepada hambanya. Gwa pasrah dan berserah.

Maafkan gwa andai tajuk entry sangat menyakitkan hati kalian. muhehehehe. Tak berkait langsung

In God We Trust

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment