JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Monday, June 24, 2013

Syiling dan Batu

TINGG!

Sekeping syiling bergolek dan berhenti dihadapan seorang mamat bangla yang sedang membancuh simen. Tanpa berlengah mamat itu mengutip syiling dan tanpa segan silu dia memasukan ke dalam poket seluar. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Tidak lama selepas itu duit syiling yang lain pula jatuh. Kali ini betul-betul disisi mamat bangla itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan, mamat mengutip syiling seperti mana kejadian pertama tadi. Sedang dia sibuk membancuh simen, lagi sekali dia ternampak syiling. Rezeki aku hari ini, bisik mamat di dalam hatinya.

Mamat bangla ini sebenarnya tidak sedar bahawa syiling yang dianggap rezeki terpijaknya itu adalah dari ketuanya yang berada nun di atas bangunan 20 tingkat yang belum siap. Sebenarnya ketuanya itu mahu memanggil mamat, ada pesanan penting yang hendak diberi tahu.

Puas ketuanya menjerit dari tingkat 18 memanggil mamat, tetapi dek kerana tinggi dan bisingnya tempat pembinaan itu, mamat tidak mendengarnya. Seusiai itulah ketuanya melemparkan syiling kepada mamat dengan harapan pekerjanya itu mendongak dan memahami ada panggilan dari ketuannya. Malangnya sehingga habis semua syiling yang ada padanya, mamat masih tidah menyedarinya.

Lantas ketuanya mengumpul beberapa serpihan batu kecil di sekitar lantai tingkat 18 dan satu per satu dibalingnya batu  ke bawah. Beberapa kali batu kecil itu mengenai badan mamat yang leka membancuh simen, dan dia rasa terganggu. Lantas dia mendongak ke atas dan menyedari bahawa ketuanya ingin menyampaikan pesanan. Perhatiannya berjaya juga dicuri oleh ketuannya.

TAMAT

Puas aku control penulisan dalam bahasa baku, jenuh baq hang. So la nih aku nak story lah pasal isi tersurat dan tersirat dari cerita ini.

Sahabat sekalian, cerita diatas merupakan analogi diantara kita dengan Maha Pencipta kita. Tanpa kita sedar Allah sering menjatuhkan 'syiling' yang boleh kita ibaratkan sebagai rezeki, rahmat, kesenangan dan nikmat yang tidak terkira di atas muka bumi ini. Allah sengaja menjatuhkan 'syiling' kepada kita agar kita mendongak keatas untuk mensyukuri dan sentiasa mengingatiNya sebagai pemberi segala kesenangan yang kita nikmati. Tetapi kita acap kali lalai, terlupa dan malahan lebih buruk berasa angkuh dengan segala nikmat yang diberi tanpa mengucap terima kasih dan bersyukur.

Seperti kisah antara pekerja dan ketuanya tadi, apabila dijatuhkan syiling tetapi tidak berjaya menarik perhatian pekerjannya, batu pula dijatuhkan. 'Batu' disini boleh dianggap bala, bencana, kesakitan, kemiskinan, keperitan dan kegagalan. Pabila terkena dan terganggu dengan kesakitan barulah pekerja itu mendongak ke atas. Ketika inilah baru kita mencari yang maha Esa, menadah tangan, memohon dan meminta kepada Sang Pencipta.

Bila diberi nikmat kita lupa siapa kita, namun bila diuji dengan kegagalan dan kesakitan barulah kita ingat pada Allah. Beginikah sepatutnya hubungan kita sebagai hamba dengan Pencipta kita. Renungkan.

Sunday, June 9, 2013

DIKEHENDAKI done

Alhamdulilah thanks kawan. Akhirnya salah satu wishlist aku termakbul hari ini. Ialah dah lama aku tunggu tahu, akhirnya mendapat juga. Yang dimaksudkan tu ialah, hampa semua tengok kat tepi nih, ala gambar dekat caption 'DIKEHENDAKI' nih..haaaa gwa dah dapat. Sempena birthday gwa pulak tu. yeaa bufday gwa dah lama lepas tapi baru dapat hari ini, so apa adahal. kehkeh.. thanks my friends, sudi juga bagi hadiah, wish list pulak tu. Lepas nih gwa syak gwa ada harapan nak tackle awek yang telah memberi ilham untuk gwa wishes benda nih, Song Ji Hyo. i lebiuuuuuu....kehkehkeh. So until next time.



Lah tu jea gwa nak update kali nih. ehhhh tak suka? Ini adalah gwa punya tempat conteng2 okay..suka hati gwa lah..kehkeh...jangan marah noee...daaaa

Tuesday, June 4, 2013

Langgar Singapore

Fuhhhh...fuhhhh..fuhhh..nampak tak gwa dengan semangat tiup habuk..haaaa...tak nampak? Tu tak lama latewww..kehkehkeh...Lama bebenor rasa tak story telling kat sini haaa. Ialah takda bahan nak gwa story kan...ialah nak citer PRU pon PR kalah, nak citer Chelsea pon tak menang liga pon, nak citer awek memang takda hala tuju la cter gwa nanti kan. So better gwa senyap sepi jep. kurang la merapu gwa tu.

So bila gwa dah tulis pembuka karangan nih dah sah2 la gwa ada story, korang jangan nak haram jadah sangat tak nak scroll cter gwa nih tau. Penat gwa karang sensorang, gwa pikir sensorang kot. Lainlah time test, exam, yang tu gwa ada lah juga bincang2. kehkehkeh.

So crita gwa kali nih ialah tentang gwa pergi bercuti buat kali pertamanya dengan menggunakan passport. So its mean gwa p luar negara lah, Singapura atau lebih dikenali dengan Temasek. So critanya gini, gwa just tumpang bebudak junior yang buat lawatan ilmiah kononya lah ke Aquarama-Internatinal Ornanmental Fish yang bertempat di Marina Bay Sands. So gwa cam ambil kesempatan lah tumpang bas diorang dan juga tumpang masuk ke Temasek tu. Kalau harapkan gwa sensorang memang terkontang kanting la kat Imigresan tu...kehkeh.

Nota Terbakar:''Gwa mana lah mampu nak daki gunung  bagai tu kannnn.. gwa mana lah ada stamina macam budak-budak lain nu haaaa. Gwa pon tak terasa nak kuruskan badan gwa ni haaaa....puihhhhh...''

Gwa grak dari Jitra ke Kuala Terengganu pada malam Khamis, then naik bas dengan junior malam Jumaat heading to Larkin. Kat sinilah kitaorang cam survival sendiri. Amik bus lompat2 yang heading terus ke Temasek tu. Gwa teruja bila dapat akak Imigresen yang cun scan passport gwa. Tu teruja yag pertama tu.
Then terus lah ke Marina Bay Sands tu. Kat sana gwa tengok lah ikan hiasan yang memang sah2 cun dari ikan guppy gwa yang ada lah 10 ekor tu. Gwa mula teruja. Ikan lain jgn cakap la, ada arowana yang dah berapa punya ratus tahun bela, gedabak baq hang. Gwa teruja lagi. Ada lah jual alat dan hiasan akuarium yang memang sah2 gwa tak mampu beli. Gwa hanya mampu teruja tgk je lah.

Then dalam jam 4 ptg gwa dah syak ada agenda lain dalam kalangan rakan seusia gwa. Depa nak p merayau baq hang. Gwa yang naif nih follow jelah padahal memasing tak pernah sampai pon Temasek nih. Tapi dengan semangat ''Todak Melanggar Temasek'' kitaorang lek-lek jer redah p USS-Universal Studio Singapore dengan teksi. Klimaks teruja gwa dah sampai. Awesome kan kitaorang!

Then kami lepak, sesi futusut, dan beli lah cenderahati mana yang mampu, ialah sana mahai baq hang. 1 dolar depa sama dengan RM 2.45 kita. Agak dalam 2 jam kat sana kitaorang pon gerak pulang ke Marina Bay Sand tu semula lah sebab situ ialah titik pertemuan semuala dengan bebudak junior lain. Then gerak pulang ke Larkin dalam jam 7.30 juga lah sebab malam tu jugak kami nak pulang ke Kuala Terengganu.

Gwa sangat berterima kasih pada member2 gwa yang sudi menjayakan projek yang gwa sendiri nama kan ''Adam Langgar Temasek''. Haaaaa lu tak puas ati meh jumpa depan2 kay.. hahahah. So sekian dululah dari gwa buat kali nih. Ehhh lu mesti benggang kan dari tadi gwa asyik karangan je kan. relaq ok relaq...lu  skroll la kat bawah nih. Ada la sikit bahan nak sakitkan mata lu.


Nih dalam bus heading ke Singapore

Kat sinilah akak cun scan passport gwa tu

Time tgh tunggu MRT. Cam LRT kita lah.
Ni tiket MRT. Boleh bawak balik tau. kehkeh

Really? Can I?
Akhirnya dapat juga berenam
Ni lah poster pameran tu. Kang cakap gwa melencong pulak.

Ok. gwa mampu letak banner kat pintu keluar je. Karang lu boring pulang tengok ikan dan alat akuarium. Bukan semua budak akua follower gwa ok...hahahaha. Next.....USS

Haa ni lah stail org Singapore celop tunggu teksi. Hahaha






Posing wajib USS depan globe kan?

Really love this pic! 


This is Singapore

Sunset in Singapore

Thanks, Terima kasih

Special thanks to Amry, Azrina, Hidayah, Syamin, dan Pijan. Jasa kalian menemani gwa akan ku kenang. Semoga segala memori yang kita cipta akan sentisa menjadi diantara yang terindah dalam hidup kalian. Majulah Singapura!