JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Sunday, April 21, 2013

Pesta Demokrasi Bermula

Pesta sudah bermula,
Calon sudah dicanang
Ada 1 lawan 1
Ada juga sampai 8 penjuru
Tak kurang juga ada yang ketegaq
Melawan parti sendiri

Maka berkempen lah secara sihat
Jangan serang peribadi
Tak gentleman lah
Kau cananglah manifesto kau
Aku promote manifesto aku.

Media akan diperkudakan sekuda-kudanya
Serupa bapak dia punya
Ada juga yang berangan nak rampas negeri yang hilang
Ada juga cita-cita nak tawan Putrajaya
Macam-macam cerita
Berbagai kisah akan terukir
Maka bersedialah telinga dan otak untuk mentafsir

Kempen 15 hari lamanya
Berbagai janji akan dijaja
Berbagai kata manis akan diungkap
Gunakan akal dan minda
Jangan salah pangkah

Apa-apa pon 5 Mei penentu nasib Malaysia
Marilah mengundi tunaikan kewajipan kepada Malaysia

Monday, April 15, 2013

Suka Awak

Andai suka kepada sesuatu, tak semestinya harus menjadi milik kita.
Andai cintai terhadap sesuatu, tak semestinya harus dampinginya selalu

Ya benar,
Aku suka akan bunga, cantik, berwarna-warni, tetapi perlukah aku memetiknya.

Ya benar,
Aku perlukan udara, terkandung oksigen didalamnya, tetapi perlukah aku hentikanya dari bertiup dan dampingi aku semata.

Ya benar,
Aku suka dia, tapi perlukah aku sentiasa bersamanya, menyatakannya, mendampinginya?

Biarkan, andai ada jodoh tak kan kemana. Kalau tiada jodoh sekali pon, aku tetap akan terus suka dia.

Lisa Surihani, kau tetap dalam hatiku. Sekian

Thursday, April 11, 2013

Watch Out

BLOG ini sedang dipantau oleh pihak berkuasa yang gila kuasa...kahahkah.. bajet semua benda di bawah telapak kaki dia. hahaha. Lu pegi main wassup n weechat sana lah... gwa nak berblog kutuk lu pon terancam dah. Lu ingat gwa kaki carut macam lu ke. Sory beb. Gwa tak sama macam lu. Ni gwa pesan sama lu. Sia-sia gwa explain sama lu selama nih. tapi lu bebal juga last2. Lu tak kena kan. lu sembang lebat lah.


Tuesday, April 9, 2013

Unite

Kami Unite Aku Kopak. chantek adik-adik gwa order haaaa....suka suki jep. tapi aku juga yang suruh. hahaha. Love Them!


Monday, April 1, 2013

Beauty and The Beast

Assalamualaikum

Hahaha..motif sangat kan tajuk gwa kali nih. Yelahhh gwa kan tak hensem.
Gwa semacam tak percaya yang tetiba ada orang ajak kuar.
Yang lagi gwa tak percaya yang ajak keluar tu adalah awek. Bukan sorang tapi dua. kan untung kalau tu awek gwa .hahahaha. Actually gwa saja je cakap nak belanja diaorang memandangkan gwa dah gaji. Selalu nya awek2 nih gebang je lebih..nak kuar lah..takdahal lah...last-last tak berani pon. yelahhh gwa kan tak hensem. Dan lagi satu takot balak mengamuk..hahah...
Tapi yang nih lain macam. Gwa ingat dah tak jadi..sekali dalam tgh ari tu dua-dua kompem kan. Mengeletar gwa tahu. Yelah dah lama kot gwa tak kuar ngan perempuan. Nak-nak lagi yang jenis hot dan menjadi pujaan ramai. kehkehkeh. Gwa jemput lah mereka berdua lepas Asar. Meet my old school friend Farah (baju hitam) and Nadia (baju putih) tema pun dah macam perli gwa kan...hahaha. Actually Farah nih dari sekolah rendah lagi gwa kenal. Tapi dia tak kenal pon gwa rasanya. hahaha. Yelaahhh gwa kan tak hensem. By the way mama Farah ni ajar aku Add Math time form 5, so ada lah bahan gwa nak story dengan dia. kehkeh..takda modai kot depan awek cun.

So destinasi gwa dengan budak2 nih Tutti Fruiti lah. Kat situ lah kitaorg borak  sal study, kerja. Meriah la jugak. Gwa sebelum tu ingat dah jadi kayu je gwa aritu. kehkehk. Alhamdulilah tak... masing2 nak story telling kat situ. Kat situ jugaklah kitaorang posing. Gwa dah segan abes lahhhh..yelaaa gwa kan tak hensem. Abes je kat situ, kitaorg gerak g kedai alat muzik, Farah nak belikan boyfren dia hadiah. Gwa follow jelah.

Setel situ gwa hantaq budak2 nih balik tepat jam 7. Anak dara orang weh. Gila kau lama2.kehkeh.. Setakat tu lah dulu pengalaman cuak gwa. Seriusss segan weh...hahahaha. tapi manes...heheheeh. Nah setepek aksi Beauty and The Beast. credit to Farah.

*Gwa buat entry ni dulu dari LIMA. Padahal event ni lepas LIMA. Nampak tak betapa terujanya gwa. hahahah

Nampak kayu gwa kat situkan. haha