JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Friday, March 8, 2013

Press Conference Bajet.

Lagu Peneman: Spider-Rasakan Resapan
Mood: Menanti game Chelsea jam 1.30 pagi

Assalamualaikum

Kali nih gwa nak buat press conference bagi menjawab isu dan kata-kata dalam hati dan minda rakan twitter dan facebook gwa yang kemungkinan tak puas hati or tak senang hati sebab posting,shared,twit gwa yang lebih menjurus kepada politik. Ya, gwa mengaku sejak kebelakangan nih gwa memang acap kali mengusulkan hal2 politik berbanding humor atau status gwa sendiri. Politik gwa pula lebih terarah kepada menyokong pembangkang atau lebih dikenali Pakatan Rakyat (PR).

Ya gwa mengaku semua itu, tapi mengapa?

Gwa tahu dan percaya friend dan follower gwa di alam maya adalah majoritinya adalah penyokong dan pendokong kuat parti kerajaan yang buat masa ini diwakili Barisan Nasional (BN). Ketelusan media perdana (RTM, Media Prima, Utusan Malaysia, Berita Harian) negara amatlah tidak adil. Jika kebaikan BN acap kali dihebahkan dan digembar-gemburkan bagai mereka sahaja lah yang prihatin terhadap masalah rakyat. Tidak mengapalah begitu, tetapi kebaikan yang dilakukan oleh PR dipandang sepi dan tidak dihiraukan. Tidak mengapa jugak, tidaklah PR meninggi diri pula nanti. Tapi yang paling gwa rasa ketidakadilan oleh pengamal media apabila perkara salah yang sudah terang lagi bersuluh oleh BN disembunyikan. Manakala fitnah terhadap PR yang tak pernah dibuat di spin dan diulang berkali2. Ini akan membangkitkan kebencian terhadap masyarakat yang hanya bergantung kepada media perdana terhadap PR. Rakyat berhak mendapat kebenaran.

Oleh sebab itu PR hanya dapat bergantung harap kepada media baru (Facebook,Twitter,Blog) bagi menjelaskan setiap perkara. Ya anda mungkin akan tertekan jika anda tidak dibenarkan membela diri sedangkan pada masa yang sama anda terus difitnah dengan rakus. Tiada sekatan di media baru. Segala kebenaran akan terhebah. Segala kejahatan akan terdedah. Lebih pantas. Ya, tidak dapat dinafikan berita di  media baru juga bukanlah semuanya benar belaka, bukannya baik belaka. Gwa juga tak kata PR adalah baik seperti malaikat, BN pula jahat seperti syaitan. Gwa tak cakap cam tu. TETAPI dengan kewujudan media baru ini dapat lah rakyat membuat timbang tara, menghakimi, menilai sesuatu berita itu. Kita punyai pilihan berbanding media perdana yang hanya menyebelahi 1 pihak sahaja. Kita dikurniakan akal fikiran, kita mampu membuat pilihan yang mana baik yang mana buruk. Yang mana benar yang mana palsu. Sudah tepu otak, telinga ,mata disajikan dengan berita di pihak sana. Apalah salah kiranya kita beri ruang dan peluang untuk otak,telinga, mata kita meneliti fakta dan berita di pihak sini pula. Selepas itu biarlah akal yang membuat perhitungan. Hai kawan2 kita sudah 23 tahun (utk yg lahir thn 1990),  kalau bukan sekarang bila lagi nak ambil kisah tentang negara.

Okeh, so apa kaitan dengan semua reason dan alasan yang gwa bagi tadi? Sudah tahu bertanya pula. Gwa suka akan kebenaran. Jadinya gwa dah wajibkan diri gwa sampaikan kebenaran. So caranya ialah gwa kena lah SHARED, RETWEET, REPOST segala berita yang gwa dapat dari page2 yang aktif berpolitik. Okeh kalau korang tak percaya yang gwa sampaikan itu kebenaran tidak mengapa, sekurangnya gwa beri korang pilihan maklumat. Tidak lah terlalu jumut dengan satu sumber sahaja. So gwa mintak maaflah kalau Timeline korang penuh dengan nama gwa yang shared benda politik. Tak suka tak apa. Kalau nak remove or unfriend or unfollow pon tak apa. Gwa tak boleh halang sebab ini adalah negara demokrasi berparlimen. So gwa rasa setakat itu press conference gwa. Selamat menggunakan akal ya cerdik pandai semua.

#Pray4Sabah


.

Saturday, March 2, 2013

Cinta Cawan dan Air


Assalamualaikum.

Sebiji cawan tembikar yang bersendirian dituangkan air yang mendidih.

Cawan berasa itu adalah cinta.

Air menjadi suam, cawan berasa sungguh selesa, ''Inilah rasa kehidupan,'' bisiknya.

Air menjadi semakin sejuk, cawan berasa takut, semacam akan kehilangan sesuatu.


Air menjadi sejuk, cawan menjadi susah hati ingin membuang air keluar.


Air akhirnya dibuang keluar. Cawan merasa sungguh selesa.


Tapi cawan terjatuh ke lantai. Hancur berkecai setiap kepingan.


Cawan melihat kepingan-kepingan semuanya terdapat kesan air.


Cawan sedar sebenarnya tanpa air hidupnya kosong tak berisi.


Cawan cuba untuk mencintai semula air tapi apakan daya dirinya sudah tidak mampu pulih dan 


menampung air lagi.



* Jangan kerana sedikit salah faham dan tidak bersetuju tentang sesuatu kita membuang orang yang selama ini kita sayang dan cintai.