JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Tuesday, December 24, 2013

Setahun Bersamamu

Hai korang

Sory lama tak update. Abam sikit sibuk juga lah. Bukan saja2 tak update tau. Sibuk plus takda idea juga lah. Ok abang rasa nak cerita pasal apa pon abang tak tahu juga lah. Abang sekarang tunggu bola jugalah, game team abang, Chelsea lawan itu Arsenal ini pagi lah. Ok dah setel bab intro.

Ok abang nak bagitahu yang sebenarnya pada 16 December 2013 yang lalu dah setahun abang bekerja. Oh pejam celik, dah 365 hari abang bersama World Fish Centre. Alhamdulilah mereka mahu kan khidmat abang yang tak seberapa nih selama setahun. Tapi abang ni kadang2 nak lah jugak bertukar angin kan. Ialah dengan gaji yang kecil (tidak setaraf ijazah), suasana kerja yang bukan abang idamkan (kerja dalam pejabat, formal dressup, ada awek comel kat tempat kerja). Tapi bila abang kenangkan nasib abang dengan orang lain, ternyata abang untung sangat dapat kerja kat sini tahu. Tahu apa yang untungnya? Berikut disenaraikan keuntungan abang bekerja di World Fish. Tapi korang janganlah jeles tahu. Ini dinamakan rezeki. kehkehkeh...

1-Kerja dalam hometown abang sendiri dan tak kan mungkin ditukarkan.
2-Selalu ada untuk ibubapa abang, dan abang pon selalu ada mereka. Alhamdulilah.
3-Cuti, off petang ikut suka hati abang. Yang paling best cuti dahulu baru isi form. kehkeh
4-Makan, minum, tempat tinggal abang tak perlu dibayar. Alhamdulilah.
5-Gaji abang memang tak terganggu dan 100% untuk abang dan kawan2 abang. kehkeh
6-Aktiviti kerja yang berbeza untuk setiap hari, sangat bagus dan mengelakkan kebosanan.
7-Selalunya pagi je abang sibuk di tempat kerja, petang selalu abang relax dan on9. ihihihi
8-Abang pergi keja tanpa perlu iron baju, dressup kemas2. Iyelah abang kan takda bini lagi. Sapa nak iron?
9-Abang kerja office hour, Jumaat Sabtu cuti. Setakat nih hujung minggu abang tak diganggu lagi.
10-Tempat kerja abang tak da awek. So abang tak lah perlu control sangat..kehkehkeh (kecewa sangat).

Ok lah abang rasa dah banyak sangat nih. Abang tahu ada yang baca nih tengah cebik muka dan ketap bibir sebab jelous dengan abang kan...kehkehkeh. Alaaa ni semua rezeki untuk abang lah. Abang pon sebenarnya dok cari jugak kerja lain, ialah gaji kat sini tak mampu nak buat abang menyunting bunga lagi, tapi abang dah tergedik-gedik nak kawin dah nih. So abang kenalah cari kerja yang menawarkan gaji yang selesa buat anak bini abang kan. Nak2 pulak zaman abang nih semua demand tinggi2 hantarannya. Kalau korang ada yang bawah rm10000 bagitau lah abang k. kehkehkeh. 

Buat masa ni abang akan terus berkhidmat untuk WFC. Banyak pengalaman dan ilmu yang abang belajar kat sini. Abang bersyukur sangat. So setakat ni dulu abang punya coretan hati. 

''Good, Better, Best. Never let it rest. Until your good is better and your better is best''

Friday, November 1, 2013

Hilang Bercuti, Senang Hati



Assalamualaikum pembaca sekalian

Misteri sangatkah kehilangan gwa pada minggu lepas? Takda yang buat report polis pon, so tak payah nak menggelabah sangatlah kan. Hahaha. bukan apa, gwa cam bernafsu sikit nak explain kehilangan minggu lepas sebab macam ada yang bertanya. Tapi tanya diri sendiri la kot. kehkehkeh. Ohh terharu sangat dengan keprihatinan semua. (puihhh bajet artis mengandung pulak)

Ok lah gwa taknak intro panjang sebab gwa ada benda nak story telling. Ala cerita gwa korang dah bleh jangkakan dah. Kalau tak emo sorang2, cerita pasal gwa bercuti, tak pon cerita pasal event yang berlaku kat gwa. Tu jelah mampu. Tapi ni kan blog gwa, ehhh suka hati gwa lah kan..kehkehkeh. So hadaplah jelah k. This is my report about my disappearance.

Pada 24 Oktober yang lalu gwa telah bertolak ke Shah Alam ( sory akak master, gwa tak roger masuk tempat lu). Tujuan gwa ke sana adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen BFF gwa dari sekolah rendah lagi. Ok tu  jelah ceritanya. kbai. hahahahahaha

Sebenarnya majlis konvo tu hanyalah penyebab gwa sampai sana je, sebab utama gwa teringin nak ke sana adalah untuk berjumpa kesayangan-kesayangan gwa lah. Ahaaaa ramai la maknanya tu. Ialah hidup bujang ditambah pulak single nih boleh lah nak sayang sana sayang sini kan. Kalau dah berbini, berlaki, berBF, berGF nanti dah susah dah. Oppssss. Ada hat terasa ka? dak aih tak kata kat sapa ponn naaa....

So gwa p Shah Alam selama 3 hari jugak lah. Konvo BFF gwa hari Sabtu. Konvo BFF gwa kat UPM. haaaa tak ke pelik konvo kat UPM, Serdang tapi lepak Shah Alam. Alaaaa biasalah, penginapan free. kehkehkeh. Ehh gwa jumpa abang kawasan dulu tau nak lepak situ, Haziq. Tapi kak long kawasan tak sempat jumpa. kehkehkeh

Event semasa lawatan gwa tu banyaknya bergambor jelah mampu. Tapi gathering dengan kawan2 lama yang paling berharga sebenarnya. Sebenarnya kawan2 yang pergi konvo nih adalah dari sekolah menengah. Aku dengan diorang 3 tahun jelah dari F1 sampai F3, tapi kitaorang punya kimia macam keluar dari perut ibu yang sama. todiaaaa nak habaq bagi.

Kitaorang semua sekali 5 orang beronggeng dari pagi konvo sampai lah ke malam hari. Seronok sangat walaupon penat tapi puas hati baq hang. Nak2 lagi bila ada bunga penyeri dalam kumpulan tu. tu je nak bagitau. kehkeh.

Lepas je abeh BFF gwa keluar dewan kitorang terus shoot gambar non stop tahu. Kira jadi macam model spender pon ada gak sket terasa. BFF gwa kuar dewan agak tengahari la jugak. Kami shoot dalam UPM jap. Alaaahai beza betul dengan UMT. Banyak tempat trademark kat UPM nih. Petang tu kami lepak Seoul Garden, makan situ sampai boroi. Tapi gwa cam biasalah. macam takda beza pon..hahaha. Pastu malam kami lepak Putrajaya, cantik lampu2 kat situ. Dengan ketiak belengas peluh, kami relax je shoot kat situ. hahahah. Pastu balik Shah Alam la. Bunga penyeri yang dua orang tu kami drop kat UPM.

Then esoknya, kami kembali ke UPM sebab BFF gwa nak pulangkan jubah konvo yang dah macam belacan gwa tengok. Mana taknya sampai 5 orang pakai buat posing. Sebelum hantar kami bergegas shoot kat tempat shooting cerita yang kononya mahsyur dari novel hingga lah ke filem, Lagenda Budak Setan. Kat pokok atas bukit tu. Gwa tak tengok pon cerita tu (serius). Lepas puas berpanas kat atas bukit tu, kami drop lah jubah konvo. Then selesai sudahlah percutian gwa pada kali ini. Tu jelah cerita misteri kehilangan gwa. Cerita banyak tak guna(padahal dah malas menaip), biar gambar berbicara.

 Rolling!

Have meet my friend!


Pelakon utama, Shukor (BFF)
23 tahun
Single
Tunggu Posting
Kg Kelubi, Jitra

Pelakon lagak ngeri, Khairil
23 tahun
Ada GF
Kerja Astro
Nismilan (baru pindah)

Pelakon tambahan, Khairulnisa
23 tahun
Ada BF
Student UPM
Veterinar to be
Jitra

Pelakon tambahan, Huda
23 tahun
Single (ramai dah kena reject)
Student UIA
Lawyer to be
Jitra

Hero,pengarah,direktor, Am
23
Bekerja
Single, Bujang
Jitra

Sesi shooting time

Shukor family and friend

Sweet dan manis

Belakon cukup mau.

Masa ni kali ke 10 ulang alik amik makanan, baru ingat ada kamera.
Bina dialog dari gambar ini.

Cover album
Pokok Top, Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Jitra


Lagi lagenda
suka Huda, bila gambar dia menjadi

Pertandingan lambung motar

Kalau guna kodak, memang habeh kat hang sorang ja nak shoot scene ni.

maen wau ka?

Nice and perfect
So setakat nih dulu pertemuan gwa dengan kalian. Terima kasih buat yang sudi membaca dan menghayati kisah bakal kenangan gwa ni. Thanks juga buat Shukor, Khairil, Huda dan Nisah kerana sudi melayan kerenah gwa sepanjang datangnya gwa ke Shah Alam dan Serdang. Sesungguhnya gwa bahagia dan gembira yang amat sangat bila bergather dengan kalian. Assalamualaikum.

 ''Saya bahagia disini. Moga awak juga bahagia disana''




Monday, October 21, 2013

Beku Bukanlah Berbeku

Assalamualaikum

Sekian lama belog ini tidak terusik dek kerana kesibukan menjengah. Bukan tiada idea, bukan jua dilupakan tetapi apakan daya, malas.

So, cerita kali nih hanya lah sebagai membuktikan belog ini masih lagi bernyawa dan wujud untuk ditatap dan dibaca.

Ceritanya tidaklah segarang belog pinces, juga tidaklah sepuitis sajak nasihah tentang ibu, dan tidaklah semulia nasihat pinky.

Kisahnya hanyalah sekadar, cuti gwa dibekukan selama 2 minggu gara-gara bini bos gwa bersalin. Ya itu saja. Tetapi sesalannya hanya gwa yang rasa. Mana tidaknya dengan tinggal beberapa hari lagi tahun 2013 berlalu, baki cuti gwa masih ada 19 hari. Cuti sakit pula ada lagi 19 juga. Baki cuti tidak boleh diforwardkan. Rugi dah sepasal, yang paling menghiris hati gwa, time2 nih jugaklah kawan-kawan gwa bergraduasi. Niat dihati ingin meraikan mereka, tetapi apakan daya.

Walaupon hanya 2 minggu dibekukan, tetapi timingnya sungguh mengecewakan. Agaknya inilah erti pengorbanan buat ku pada kali ini. Ujian tuan kepada hambanya. Gwa pasrah dan berserah.

Maafkan gwa andai tajuk entry sangat menyakitkan hati kalian. muhehehehe. Tak berkait langsung

In God We Trust

Assalamualaikum

Tuesday, August 13, 2013

Happy Birthday

Day to be remember

Happy Birthday Adilah bt Surimin, moga panjang umur dan murah rezki.

Gwa akan tetap kenang lu sampai mati.

Mana mungkin segala kebaikan dan kenangan lu gwa lupakan.

Selamat menjadi 25 tahun beb. Lu kalau kahwen, ikut sunnah dah ni.

Gwa sangat rindu lu kawan.


Monday, June 24, 2013

Syiling dan Batu

TINGG!

Sekeping syiling bergolek dan berhenti dihadapan seorang mamat bangla yang sedang membancuh simen. Tanpa berlengah mamat itu mengutip syiling dan tanpa segan silu dia memasukan ke dalam poket seluar. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Tidak lama selepas itu duit syiling yang lain pula jatuh. Kali ini betul-betul disisi mamat bangla itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan, mamat mengutip syiling seperti mana kejadian pertama tadi. Sedang dia sibuk membancuh simen, lagi sekali dia ternampak syiling. Rezeki aku hari ini, bisik mamat di dalam hatinya.

Mamat bangla ini sebenarnya tidak sedar bahawa syiling yang dianggap rezeki terpijaknya itu adalah dari ketuanya yang berada nun di atas bangunan 20 tingkat yang belum siap. Sebenarnya ketuanya itu mahu memanggil mamat, ada pesanan penting yang hendak diberi tahu.

Puas ketuanya menjerit dari tingkat 18 memanggil mamat, tetapi dek kerana tinggi dan bisingnya tempat pembinaan itu, mamat tidak mendengarnya. Seusiai itulah ketuanya melemparkan syiling kepada mamat dengan harapan pekerjanya itu mendongak dan memahami ada panggilan dari ketuannya. Malangnya sehingga habis semua syiling yang ada padanya, mamat masih tidah menyedarinya.

Lantas ketuanya mengumpul beberapa serpihan batu kecil di sekitar lantai tingkat 18 dan satu per satu dibalingnya batu  ke bawah. Beberapa kali batu kecil itu mengenai badan mamat yang leka membancuh simen, dan dia rasa terganggu. Lantas dia mendongak ke atas dan menyedari bahawa ketuanya ingin menyampaikan pesanan. Perhatiannya berjaya juga dicuri oleh ketuannya.

TAMAT

Puas aku control penulisan dalam bahasa baku, jenuh baq hang. So la nih aku nak story lah pasal isi tersurat dan tersirat dari cerita ini.

Sahabat sekalian, cerita diatas merupakan analogi diantara kita dengan Maha Pencipta kita. Tanpa kita sedar Allah sering menjatuhkan 'syiling' yang boleh kita ibaratkan sebagai rezeki, rahmat, kesenangan dan nikmat yang tidak terkira di atas muka bumi ini. Allah sengaja menjatuhkan 'syiling' kepada kita agar kita mendongak keatas untuk mensyukuri dan sentiasa mengingatiNya sebagai pemberi segala kesenangan yang kita nikmati. Tetapi kita acap kali lalai, terlupa dan malahan lebih buruk berasa angkuh dengan segala nikmat yang diberi tanpa mengucap terima kasih dan bersyukur.

Seperti kisah antara pekerja dan ketuanya tadi, apabila dijatuhkan syiling tetapi tidak berjaya menarik perhatian pekerjannya, batu pula dijatuhkan. 'Batu' disini boleh dianggap bala, bencana, kesakitan, kemiskinan, keperitan dan kegagalan. Pabila terkena dan terganggu dengan kesakitan barulah pekerja itu mendongak ke atas. Ketika inilah baru kita mencari yang maha Esa, menadah tangan, memohon dan meminta kepada Sang Pencipta.

Bila diberi nikmat kita lupa siapa kita, namun bila diuji dengan kegagalan dan kesakitan barulah kita ingat pada Allah. Beginikah sepatutnya hubungan kita sebagai hamba dengan Pencipta kita. Renungkan.

Sunday, June 9, 2013

DIKEHENDAKI done

Alhamdulilah thanks kawan. Akhirnya salah satu wishlist aku termakbul hari ini. Ialah dah lama aku tunggu tahu, akhirnya mendapat juga. Yang dimaksudkan tu ialah, hampa semua tengok kat tepi nih, ala gambar dekat caption 'DIKEHENDAKI' nih..haaaa gwa dah dapat. Sempena birthday gwa pulak tu. yeaa bufday gwa dah lama lepas tapi baru dapat hari ini, so apa adahal. kehkeh.. thanks my friends, sudi juga bagi hadiah, wish list pulak tu. Lepas nih gwa syak gwa ada harapan nak tackle awek yang telah memberi ilham untuk gwa wishes benda nih, Song Ji Hyo. i lebiuuuuuu....kehkehkeh. So until next time.



Lah tu jea gwa nak update kali nih. ehhhh tak suka? Ini adalah gwa punya tempat conteng2 okay..suka hati gwa lah..kehkeh...jangan marah noee...daaaa

Tuesday, June 4, 2013

Langgar Singapore

Fuhhhh...fuhhhh..fuhhh..nampak tak gwa dengan semangat tiup habuk..haaaa...tak nampak? Tu tak lama latewww..kehkehkeh...Lama bebenor rasa tak story telling kat sini haaa. Ialah takda bahan nak gwa story kan...ialah nak citer PRU pon PR kalah, nak citer Chelsea pon tak menang liga pon, nak citer awek memang takda hala tuju la cter gwa nanti kan. So better gwa senyap sepi jep. kurang la merapu gwa tu.

So bila gwa dah tulis pembuka karangan nih dah sah2 la gwa ada story, korang jangan nak haram jadah sangat tak nak scroll cter gwa nih tau. Penat gwa karang sensorang, gwa pikir sensorang kot. Lainlah time test, exam, yang tu gwa ada lah juga bincang2. kehkehkeh.

So crita gwa kali nih ialah tentang gwa pergi bercuti buat kali pertamanya dengan menggunakan passport. So its mean gwa p luar negara lah, Singapura atau lebih dikenali dengan Temasek. So critanya gini, gwa just tumpang bebudak junior yang buat lawatan ilmiah kononya lah ke Aquarama-Internatinal Ornanmental Fish yang bertempat di Marina Bay Sands. So gwa cam ambil kesempatan lah tumpang bas diorang dan juga tumpang masuk ke Temasek tu. Kalau harapkan gwa sensorang memang terkontang kanting la kat Imigresan tu...kehkeh.

Nota Terbakar:''Gwa mana lah mampu nak daki gunung  bagai tu kannnn.. gwa mana lah ada stamina macam budak-budak lain nu haaaa. Gwa pon tak terasa nak kuruskan badan gwa ni haaaa....puihhhhh...''

Gwa grak dari Jitra ke Kuala Terengganu pada malam Khamis, then naik bas dengan junior malam Jumaat heading to Larkin. Kat sinilah kitaorang cam survival sendiri. Amik bus lompat2 yang heading terus ke Temasek tu. Gwa teruja bila dapat akak Imigresen yang cun scan passport gwa. Tu teruja yag pertama tu.
Then terus lah ke Marina Bay Sands tu. Kat sana gwa tengok lah ikan hiasan yang memang sah2 cun dari ikan guppy gwa yang ada lah 10 ekor tu. Gwa mula teruja. Ikan lain jgn cakap la, ada arowana yang dah berapa punya ratus tahun bela, gedabak baq hang. Gwa teruja lagi. Ada lah jual alat dan hiasan akuarium yang memang sah2 gwa tak mampu beli. Gwa hanya mampu teruja tgk je lah.

Then dalam jam 4 ptg gwa dah syak ada agenda lain dalam kalangan rakan seusia gwa. Depa nak p merayau baq hang. Gwa yang naif nih follow jelah padahal memasing tak pernah sampai pon Temasek nih. Tapi dengan semangat ''Todak Melanggar Temasek'' kitaorang lek-lek jer redah p USS-Universal Studio Singapore dengan teksi. Klimaks teruja gwa dah sampai. Awesome kan kitaorang!

Then kami lepak, sesi futusut, dan beli lah cenderahati mana yang mampu, ialah sana mahai baq hang. 1 dolar depa sama dengan RM 2.45 kita. Agak dalam 2 jam kat sana kitaorang pon gerak pulang ke Marina Bay Sand tu semula lah sebab situ ialah titik pertemuan semuala dengan bebudak junior lain. Then gerak pulang ke Larkin dalam jam 7.30 juga lah sebab malam tu jugak kami nak pulang ke Kuala Terengganu.

Gwa sangat berterima kasih pada member2 gwa yang sudi menjayakan projek yang gwa sendiri nama kan ''Adam Langgar Temasek''. Haaaaa lu tak puas ati meh jumpa depan2 kay.. hahahah. So sekian dululah dari gwa buat kali nih. Ehhh lu mesti benggang kan dari tadi gwa asyik karangan je kan. relaq ok relaq...lu  skroll la kat bawah nih. Ada la sikit bahan nak sakitkan mata lu.


Nih dalam bus heading ke Singapore

Kat sinilah akak cun scan passport gwa tu

Time tgh tunggu MRT. Cam LRT kita lah.
Ni tiket MRT. Boleh bawak balik tau. kehkeh

Really? Can I?
Akhirnya dapat juga berenam
Ni lah poster pameran tu. Kang cakap gwa melencong pulak.

Ok. gwa mampu letak banner kat pintu keluar je. Karang lu boring pulang tengok ikan dan alat akuarium. Bukan semua budak akua follower gwa ok...hahahaha. Next.....USS

Haa ni lah stail org Singapore celop tunggu teksi. Hahaha






Posing wajib USS depan globe kan?

Really love this pic! 


This is Singapore

Sunset in Singapore

Thanks, Terima kasih

Special thanks to Amry, Azrina, Hidayah, Syamin, dan Pijan. Jasa kalian menemani gwa akan ku kenang. Semoga segala memori yang kita cipta akan sentisa menjadi diantara yang terindah dalam hidup kalian. Majulah Singapura!





Sunday, April 21, 2013

Pesta Demokrasi Bermula

Pesta sudah bermula,
Calon sudah dicanang
Ada 1 lawan 1
Ada juga sampai 8 penjuru
Tak kurang juga ada yang ketegaq
Melawan parti sendiri

Maka berkempen lah secara sihat
Jangan serang peribadi
Tak gentleman lah
Kau cananglah manifesto kau
Aku promote manifesto aku.

Media akan diperkudakan sekuda-kudanya
Serupa bapak dia punya
Ada juga yang berangan nak rampas negeri yang hilang
Ada juga cita-cita nak tawan Putrajaya
Macam-macam cerita
Berbagai kisah akan terukir
Maka bersedialah telinga dan otak untuk mentafsir

Kempen 15 hari lamanya
Berbagai janji akan dijaja
Berbagai kata manis akan diungkap
Gunakan akal dan minda
Jangan salah pangkah

Apa-apa pon 5 Mei penentu nasib Malaysia
Marilah mengundi tunaikan kewajipan kepada Malaysia

Monday, April 15, 2013

Suka Awak

Andai suka kepada sesuatu, tak semestinya harus menjadi milik kita.
Andai cintai terhadap sesuatu, tak semestinya harus dampinginya selalu

Ya benar,
Aku suka akan bunga, cantik, berwarna-warni, tetapi perlukah aku memetiknya.

Ya benar,
Aku perlukan udara, terkandung oksigen didalamnya, tetapi perlukah aku hentikanya dari bertiup dan dampingi aku semata.

Ya benar,
Aku suka dia, tapi perlukah aku sentiasa bersamanya, menyatakannya, mendampinginya?

Biarkan, andai ada jodoh tak kan kemana. Kalau tiada jodoh sekali pon, aku tetap akan terus suka dia.

Lisa Surihani, kau tetap dalam hatiku. Sekian

Thursday, April 11, 2013

Watch Out

BLOG ini sedang dipantau oleh pihak berkuasa yang gila kuasa...kahahkah.. bajet semua benda di bawah telapak kaki dia. hahaha. Lu pegi main wassup n weechat sana lah... gwa nak berblog kutuk lu pon terancam dah. Lu ingat gwa kaki carut macam lu ke. Sory beb. Gwa tak sama macam lu. Ni gwa pesan sama lu. Sia-sia gwa explain sama lu selama nih. tapi lu bebal juga last2. Lu tak kena kan. lu sembang lebat lah.


Tuesday, April 9, 2013

Unite

Kami Unite Aku Kopak. chantek adik-adik gwa order haaaa....suka suki jep. tapi aku juga yang suruh. hahaha. Love Them!


Monday, April 1, 2013

Beauty and The Beast

Assalamualaikum

Hahaha..motif sangat kan tajuk gwa kali nih. Yelahhh gwa kan tak hensem.
Gwa semacam tak percaya yang tetiba ada orang ajak kuar.
Yang lagi gwa tak percaya yang ajak keluar tu adalah awek. Bukan sorang tapi dua. kan untung kalau tu awek gwa .hahahaha. Actually gwa saja je cakap nak belanja diaorang memandangkan gwa dah gaji. Selalu nya awek2 nih gebang je lebih..nak kuar lah..takdahal lah...last-last tak berani pon. yelahhh gwa kan tak hensem. Dan lagi satu takot balak mengamuk..hahah...
Tapi yang nih lain macam. Gwa ingat dah tak jadi..sekali dalam tgh ari tu dua-dua kompem kan. Mengeletar gwa tahu. Yelah dah lama kot gwa tak kuar ngan perempuan. Nak-nak lagi yang jenis hot dan menjadi pujaan ramai. kehkehkeh. Gwa jemput lah mereka berdua lepas Asar. Meet my old school friend Farah (baju hitam) and Nadia (baju putih) tema pun dah macam perli gwa kan...hahaha. Actually Farah nih dari sekolah rendah lagi gwa kenal. Tapi dia tak kenal pon gwa rasanya. hahaha. Yelaahhh gwa kan tak hensem. By the way mama Farah ni ajar aku Add Math time form 5, so ada lah bahan gwa nak story dengan dia. kehkeh..takda modai kot depan awek cun.

So destinasi gwa dengan budak2 nih Tutti Fruiti lah. Kat situ lah kitaorg borak  sal study, kerja. Meriah la jugak. Gwa sebelum tu ingat dah jadi kayu je gwa aritu. kehkehk. Alhamdulilah tak... masing2 nak story telling kat situ. Kat situ jugaklah kitaorang posing. Gwa dah segan abes lahhhh..yelaaa gwa kan tak hensem. Abes je kat situ, kitaorg gerak g kedai alat muzik, Farah nak belikan boyfren dia hadiah. Gwa follow jelah.

Setel situ gwa hantaq budak2 nih balik tepat jam 7. Anak dara orang weh. Gila kau lama2.kehkeh.. Setakat tu lah dulu pengalaman cuak gwa. Seriusss segan weh...hahahaha. tapi manes...heheheeh. Nah setepek aksi Beauty and The Beast. credit to Farah.

*Gwa buat entry ni dulu dari LIMA. Padahal event ni lepas LIMA. Nampak tak betapa terujanya gwa. hahahah

Nampak kayu gwa kat situkan. haha



Friday, March 8, 2013

Press Conference Bajet.

Lagu Peneman: Spider-Rasakan Resapan
Mood: Menanti game Chelsea jam 1.30 pagi

Assalamualaikum

Kali nih gwa nak buat press conference bagi menjawab isu dan kata-kata dalam hati dan minda rakan twitter dan facebook gwa yang kemungkinan tak puas hati or tak senang hati sebab posting,shared,twit gwa yang lebih menjurus kepada politik. Ya, gwa mengaku sejak kebelakangan nih gwa memang acap kali mengusulkan hal2 politik berbanding humor atau status gwa sendiri. Politik gwa pula lebih terarah kepada menyokong pembangkang atau lebih dikenali Pakatan Rakyat (PR).

Ya gwa mengaku semua itu, tapi mengapa?

Gwa tahu dan percaya friend dan follower gwa di alam maya adalah majoritinya adalah penyokong dan pendokong kuat parti kerajaan yang buat masa ini diwakili Barisan Nasional (BN). Ketelusan media perdana (RTM, Media Prima, Utusan Malaysia, Berita Harian) negara amatlah tidak adil. Jika kebaikan BN acap kali dihebahkan dan digembar-gemburkan bagai mereka sahaja lah yang prihatin terhadap masalah rakyat. Tidak mengapalah begitu, tetapi kebaikan yang dilakukan oleh PR dipandang sepi dan tidak dihiraukan. Tidak mengapa jugak, tidaklah PR meninggi diri pula nanti. Tapi yang paling gwa rasa ketidakadilan oleh pengamal media apabila perkara salah yang sudah terang lagi bersuluh oleh BN disembunyikan. Manakala fitnah terhadap PR yang tak pernah dibuat di spin dan diulang berkali2. Ini akan membangkitkan kebencian terhadap masyarakat yang hanya bergantung kepada media perdana terhadap PR. Rakyat berhak mendapat kebenaran.

Oleh sebab itu PR hanya dapat bergantung harap kepada media baru (Facebook,Twitter,Blog) bagi menjelaskan setiap perkara. Ya anda mungkin akan tertekan jika anda tidak dibenarkan membela diri sedangkan pada masa yang sama anda terus difitnah dengan rakus. Tiada sekatan di media baru. Segala kebenaran akan terhebah. Segala kejahatan akan terdedah. Lebih pantas. Ya, tidak dapat dinafikan berita di  media baru juga bukanlah semuanya benar belaka, bukannya baik belaka. Gwa juga tak kata PR adalah baik seperti malaikat, BN pula jahat seperti syaitan. Gwa tak cakap cam tu. TETAPI dengan kewujudan media baru ini dapat lah rakyat membuat timbang tara, menghakimi, menilai sesuatu berita itu. Kita punyai pilihan berbanding media perdana yang hanya menyebelahi 1 pihak sahaja. Kita dikurniakan akal fikiran, kita mampu membuat pilihan yang mana baik yang mana buruk. Yang mana benar yang mana palsu. Sudah tepu otak, telinga ,mata disajikan dengan berita di pihak sana. Apalah salah kiranya kita beri ruang dan peluang untuk otak,telinga, mata kita meneliti fakta dan berita di pihak sini pula. Selepas itu biarlah akal yang membuat perhitungan. Hai kawan2 kita sudah 23 tahun (utk yg lahir thn 1990),  kalau bukan sekarang bila lagi nak ambil kisah tentang negara.

Okeh, so apa kaitan dengan semua reason dan alasan yang gwa bagi tadi? Sudah tahu bertanya pula. Gwa suka akan kebenaran. Jadinya gwa dah wajibkan diri gwa sampaikan kebenaran. So caranya ialah gwa kena lah SHARED, RETWEET, REPOST segala berita yang gwa dapat dari page2 yang aktif berpolitik. Okeh kalau korang tak percaya yang gwa sampaikan itu kebenaran tidak mengapa, sekurangnya gwa beri korang pilihan maklumat. Tidak lah terlalu jumut dengan satu sumber sahaja. So gwa mintak maaflah kalau Timeline korang penuh dengan nama gwa yang shared benda politik. Tak suka tak apa. Kalau nak remove or unfriend or unfollow pon tak apa. Gwa tak boleh halang sebab ini adalah negara demokrasi berparlimen. So gwa rasa setakat itu press conference gwa. Selamat menggunakan akal ya cerdik pandai semua.

#Pray4Sabah


.

Saturday, March 2, 2013

Cinta Cawan dan Air


Assalamualaikum.

Sebiji cawan tembikar yang bersendirian dituangkan air yang mendidih.

Cawan berasa itu adalah cinta.

Air menjadi suam, cawan berasa sungguh selesa, ''Inilah rasa kehidupan,'' bisiknya.

Air menjadi semakin sejuk, cawan berasa takut, semacam akan kehilangan sesuatu.


Air menjadi sejuk, cawan menjadi susah hati ingin membuang air keluar.


Air akhirnya dibuang keluar. Cawan merasa sungguh selesa.


Tapi cawan terjatuh ke lantai. Hancur berkecai setiap kepingan.


Cawan melihat kepingan-kepingan semuanya terdapat kesan air.


Cawan sedar sebenarnya tanpa air hidupnya kosong tak berisi.


Cawan cuba untuk mencintai semula air tapi apakan daya dirinya sudah tidak mampu pulih dan 


menampung air lagi.



* Jangan kerana sedikit salah faham dan tidak bersetuju tentang sesuatu kita membuang orang yang selama ini kita sayang dan cintai.


Monday, February 18, 2013

Unfriend

Maaf, sorry, biyane. itu sahaja mampu ku ungkapkan kepada mu teman.
Benar, bukan salah mu
Benar, kau tak berdosa

Tapi

Hati ini juga merintih untuk dijaga
Hati ini juga pohon dibelai
Hati ini juga merayu diubati

Apa guna ku disitu hanya melihat tangismu tetapi tidak mampu mengusap air mata mu
Apa guna ku disitu hanya mendengar hilai tawa mu tetapi tidak bisa senyum

Biarkan aku berundur, mencari yang sehati
Biarkan aku pergi, mencari damai abadi

Terima kasih teman

Kawan tetap Kawan

XOXO D (pengaruh Istanbul Aku Datang)

Tuesday, January 15, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Assalamualaikum readers dan blogger sekalian. Dah baca entry tu mesti ada yang berminat dan ada juga yang menyampahkan....hahaha ialah kita nih ada pendapat masing2 dan juga fahaman politik masing2 kan. yup gwa tak salahkan reader yang nak maki gwa, gwa paham...kahkahkah..gwa tak kisah langsung.



So gwa nak story kali nih about the HKR nih jek. Tapi sapa la nak baca pulak kan klu gwa story, member gwa ramai yang tak suka benda nih....yang lagi teruk tak tahu menahu langsung...logik lah kalau member gwa yang bergelut dengan exam tak tahu menahu kan...depa fokus..tapi nih yang dah abes exam bekerja lagi haaa...pon tak tahu...hahaha... lantaklah..bukan tanya dalam kubur pon kan...gwa syak lah...diorang tak tengok tv mungkin dan juga takda internet..kahkahkah.

So perjalanan gwa menuju hari sejarah nih bermula pada malam 11.Jan 2013. Gwa gerak ke Shah Alam ke rumah member gwa. Dia jer lah yang semangat sikit pon..yang lain gwa ajak juga tapi biasalah....sembang kencang! So gwa sampai Shah Alam dalam jam 5.30 pg la... Member gwa (Pet) bwk gwa makan dulu pastu balik rumah dia kat Seksyen 11, bersiap mandi bagailah kat c2.

Then dalam jam 11 pagi gwa dah tahan sangat tgk crita2 kat FB dan twitter yang dah ramai mula gerak, gwa bingkas bersama pet mula bergerak. Kitaorg naik komuter kat Shah Alam. Dan kat c2 jgak lah gwa rasa cam jumpa kawan baru..kehkeh...gwa tengok otai2 semua relax jek dress up dgn t-shirt HKR..gwa menyirap beb, gwa takda t-shirt! Dalam tren lagi lah..Barah gwa rasa! hampir 80% bert-shirt dan mafla yg bermotifkan HKR. wuwuwuw. Tapi nseb baik lah ada jual jgk kat chek point..ehehe..ole2

Kitaorng landing Stesen Kuala Lumpur. kat c2 baq hang cam pesta dah...warna warni betul...semua relax dan cool jek..polis pon cool dan hensem jek..Kuar je stesen gwa dah dengar ucapan2 yang membingitkan telinga macai. kat c2 ucapan dari bilis2 PR jek..nak kasi warming up dulu.. kahkahkah....kitaorng lantas terus menerpa ke arah Masjid Negara. ni adalah salah satu check point sebelum gerak lokasi utama, Stadium Merdeka. Kami relax dulu c2, solat Zohor c2. After that baru lah beraksi di jalanan.





Jarak antara Masjid Negara ke  Stadium Merdeka 5 km je. Sumpah gwa rasa kurus. hahaha. kami jalan ramai2. heaven betul..yelaaa bila nak dapat jalan atas jalan raya dengan selamat di Kuala Lumpur..ini kalilah! Manusia jgn cakap laa...view mmg cantik lah, colourful betul jalanraya pada time tu. Nice moment. Alhamdulilah takda la kejadian yg tak diingini. betullah apa org kata, takda provokasi, takda keganasan. Polis trafik pon baek2 belaka..bersalam,senyum lagi kat peserta. Nothing to worried.


Then sampai stdium jer, gwa kagum, terkesima, kaget. Lautan manusia memenuhi stadium. dalam dan luar Masyallah! Sangat berwarna-warni, meriah. Kat sana kami dengarlah amanat, ucapan, sajak, lagu dan sindirin dari pemimpin PR. oklah bagi gwa kan....sebab kat media perdana memang haram jadah lah nk dapat kan. then dlam 5 ptg dah habes lah majlis, tak kecoh, tak ganas, tak salah. semua dalam keadaan SANTAI, kehkeh. so dah la story gwa yea. sory boring. tapi disebabkan ni blog gwa kan. gwa story lah.


Assalamualaikum. Terima Kasih. Salam Perubahan

#KL112
#HKR
#LawanTetapLawan



Thursday, January 10, 2013

Adam dan Kerjaya beliau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera duhai pembaca blog usang ini.
Thanks kerna sudi menyinggah secara tak sengaja atau pon mmg tertunggu-tunggu cerita gwa. 
Kehkeh izinkan gwa prasaan kejap.

Okeh entry kali ni gwa nak story next event dalam hidup gwa. Yaa bukan cerita gwa dah dapat awek apatah lagi cerita kahwin gwa. No.No.No...yang tu masih kelam lagi...kehkeh.

Cerita kali ialah cerita tentang kerjaya gwa selepas tamat dengan selamat dari pengajian gwa selama 3 tahun di bumi darul Iman, UMT. Alhamdulilah, gwa dah bekerjaya sekarang setelah hampir 6 bulan gwa menjadi insan yang tiada kerja dan rupa. but rupa tu sampai sekarang lah masih tiada..hehehe. Sebenarnya genap arinih, dah 4 minggu lah kira gwa dah kerja. ya sebulan jugak..gwa start lapor diri sebagai Research Assistant (RA) pada 16 Disember 2012. ehhh dah lama la kiranya...tahun lepas kan..kehkehkeh.

About my company, yang diberi nama World Fish Centre yang bercenterkan Penang sebagai HQ mereka. Company nih kira level international lah jugak. Tapi gwa sebagai kuli dan balaci di company ni ditempatkan di cawangan Jitra jer. Alhamdulilah sangat2...sebelah rumah ja. Kalau nak buat perumpamaan  betapa dekatnya 'kentut pon dengar' but that is nonsense kan... hahah. Then my company is about a welfare lah jugak...company nih tak buat keuntungan pon. Macam tanggungjawab sosial lah..company nih lebih memfokuskan pengeluaran anak benih ikan dan diberi kepada negara dunia ke-3 yang miskin dan sedang membangun like Bangladesh, Sudan and other else. Kat cawangan Jitra nih iaitu tempat gwa buka,tutup periuk nasi gwa nih just fokus kepada pengeluaran dan peningkatan genetik terhadap ikan tilapia GIFT (Genetic Improvemet of Farm Tilapia). 

Ni lah logo company gwa.




So kerja gwa kat sini dibantu oleh seorang senior yang juga (RA) dan juga 3 orang pekerja am. Gwa kalau takda diorang nih memang goyang lah...yelahhh budak baru nak up kan. kehkeh...tapi diorang ok lah dengan gwa...bagi kerjasama yang bagus dan interaksi kitaorang pon terbaik. mudah kerja.
Sebenarnya lokasi kolam nih adalah dalam tanah Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA). So kiranya company gwa nih pinjam kolam dari PPA lah..so gwa kat sini bukan sahaja kena mengadap orang2 dari company gwa..malahan kena jugak respect dan bertegur sapa dengan orang Jabatan Perikanan. Kira kalau dalam lagu nih kira featuring by lah...hahaha.

Dress up gwa plak memang tahap orang buat bendang, pekerja kolam lah...so latihan gwa  pakai kemeja, tie, seluar slack sebelum nih dekat UMT adalah sia2. kahkah..tapi gwa pasrah..tak payah gelabah nak iron pepagi...nih kalau gwa ada bini nih..mesti dia sayang lbh sbb tak payah iron baju gwa...kehkehkeh. Time kerja gwa plak 5 hari seminggu dari jam 8 pagi sampai 5 petang...Khamis jam 4.30 petang. Tapi kalau ada emergency kes ke, on call ke (cm doktor weh) kena lah p walaupon time ujung minggu. Ok part yang paling gwa heaven sekali ialah gwa balik makan tengahari kat rumah sebab rumah gwa kan kalau kentut pon dengar. Sempat lah juga gwa nap kejap...kehkeh...

Bab gaji plak..Alhamdulilah dengan rezki Allah nih. Boleh lah nak menikah dalam masa terdekat nih..kehkeh...ok sesapa yang rasa dia nak kena pinang ngan gwa get ready ok..kehkehkeh. 

Oklah gwa rasa setakat nih dulu entry bosan gwa kali nih. Harap kawan-kawan yang belum bekerjaya tu dapat buat solat hajat, dhuha dan berusaha..insyallah rezki semua dah Allah tetapkan. jangan risau. yang penting Usaha, Doa dan Tawakal. Yakinlah Allah adalah sebaik2 perancang. Dan korang pon doakan lah gwa supaya dapat rezki yang diberkati dan dijauhi sifat kedekut dan takabur. Assalamualaikum.


Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum dan hai. 
Ya itu sahaja untuk tahun baru nih. 
Gwa bukan nak buat ucapan, tq.