JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Thursday, April 5, 2012

Awak yang Termulia



Ye awak laaa....awak la yang paling mulia dalam hidup saya. Perlakuan awak, percakapan awak, layanan awak...owhhh sangat mulia. Susah nak cari kesalahan awak, awak sangat mulia, perfect segalanya. Jika ada pergeseran antara kita, owh saya memang akan mengaku salah. sebab?...sebab awak sangat mulia lahhh...takda salah langsung dari awak tau...walaupon salah tu kalau dari pandangan orang lain memang jelas lagi terang salah awak...tapi bagi saya ia tetap salah saya tau. Jangan risau ..sebab awak memang mulia.

Awak sangat mulia kerana depan saya pun awak boleh bergurau senda dengan orang lain lagi....tak suka sunyi.
Awak sangat mulia kerana bila saya tiada pun awak boleh lagi berdikari...boleh cari pengganti.
Awak sangat mulia kerana tak suka menyusahkan saya tetapi lebih rela menyusahkan orang lain....saya tak guna.
Awak sangat mulia kerana semua masalah antara kita awak ceritakan kat orang lain...minta pendapat.
Awak sangat mulia kerana banyak perkara salah  saya dihebahkan kepada orang lain...suka berkongsi
Awak sangat mulia kerana menyalahkan orang lain yang tak terlibat....kesian lah orang lain tu.
Awak sangat mulia kerana banyak bersabar dengan saya yang tak mengenang budi nih....mula mengunkit dah.
Awak sangat mulia kerana buka keburukan saya terhadap awak kepada orang lain...saya lagi buruk dari awak.

Wah rupanya banyak kemuliaan awak kan...huhuhu..saya yang bersalah tak nampak kemuliaan awak nih...
Owh betapa hinanya saya di hadapan awak....tak pandainya saya bersyukur dengan kurniaan tuhan ini...
Cis bodohnya saya sebab tak jaga awak dan hati awak dengan sebaiknya...

Memang tepatlah tindakan awak berkongsi masalah dan pergeresan antara kita dengan orang lain kan....
Ya, kongsilah dengan orang lain, mungkin mereka dapat membantu awak.
Ya, ceritakanlah dengan orang lain, mungkin mereka lebih memahami awak.
Ya, khabarkanlah dengan orang lain, mungkin mereka lebih mengerti awak.
Ya, beritahulah dengan orang lain, mungkin mereka lebih menggembirakan awak.



Satu perkara  yang orang bodoh seperti saya lakukan sepanjang kita bergeser dan salah faham...
Saya tak pernah cerita masalah kita kepada orang lain.
Saya tak pernah mengadu masalah kita kepada orang lain.
Saya tak pernah libatkan orang lain dalam pergeseran kita.
Saya tak pernah burukkan awak depan orang lain.
YA awak saya tak pernah...tapi awak senang je kan...hmmm.
Tak mengapalah...lain orang lain caranya...
Maaf saya tak sempurna untuk awak.

UNTUK AWAK yang TERSANGAT MULIA...sekian...