JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI, JANGAN DITUNGGU PADA YANG TAK MAHU

Wednesday, February 1, 2012

Meracau Lagi

Aku lari kau jalan
Aku menangis kau tertawa
Aku makan kau minum
Aku berdiri kau duduk
Aku suka kau duka
Aku malas kau rajin
Aku kuat kau lemah

YA, terlalu banyak perbezaan antara kita.....
YA, sukar untuk mencari titik persamaan antara kita.....
YA, langsung tiada keserasian antara kita.....



Tetapi, sedarkah kau perbezaan ini lah yang memberi kepelbagaian dalam hidup kita....

Mungkin aku asyik berlari, kau pula asyik berjalan tetapi sampai suatu ketika kita akan beriringan.
Mungkin aku asyik menangis, kau pula asyik ketawa tetapi sampai suatu ketika kita akan tersenyum.
Mungkin aku asyik makan, kau pula asyik minum tetapi sampai suatu ketika kita berkongsi makan minum.
Lama mana aku mampu berdiri...lama mana juga mampu kau duduk....
Takkan mungkin aku akan suka selalu....mustahil juga kau akan berduka selamanya 
Sampai bila aku nak bermalasan...mustahil juga kau sentiasa rajin
Sekuat-kuat aku mana mungkin tiada kelemahan...selemah-lemah kau mana mungkin tiada kekuatan.

Ternyatalah..perbezaan itu kadangkala menjadi pengimbang neraca sifat kita.
Ternyatalah..perbezaan itu kadangkala mencorak kehidupan dunia kita.

Saya suka perbezaan ini.